satusabah

Lelaki Tempatan Maut, rakan parah Kereta jatuh sungai,

KENINGAU: Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sungai dalam kemalangan di kilometer 2, Jalan Keningau – Apin-Apin lebih kurang jam 10.30 malam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Taong berkata, mangsa yang maut dikenali Danel Alixander 21, dari Kg. Bariawan Laut, Keningau meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Manakala lelaki yang cedera parah seorang penumpang dikenali Kelly Joe Eson 21, dari Kampung Bulusilau, Keningau.

Katanya, kedua-dua mangsa telah di hantar ke Hospital Keningau untuk tujuan pemeriksaan dan bedah siasat.
“Hasil siasatan awal yang telah dijalankan, mangsa iaitu pemandu kenderaan bersama rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah Apin-Apin menuju ke Pekan Keningau. Apabila sampai di tempat kejadian mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di jambatan lalu terjunam ke dalam sungai” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Katanya, keadaan di tempat kejadian adalah jalan lurus, berturap, garisan putih memanjang, terdapat Jambatan, cuaca baik dan keadaan gelap.

Siasatan dijalankan dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kejadian masih disiasat.

Sementara itu kenderaan terlibat telah ditahan di balai dan akan dihantar ke PUSPAKOM menjalani pemeriksaan.

Related

Kemalangan di Keningau 1634547249560760697

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item