satusabah

Majikan mangsa culik terima panggilan minta wang tebusan

TAWAU: Majikan dan pemilik kapal nelayan, Karim Musappa, 30, mengesahkan menerima panggilan telefon daripada juragan, Masurin, 50-an untuk mendapatkan wang tebusan RM180,000 selepas diculik bersama dua kru kapal nelayan, pada 10 September lalu. 

Masurin bersama dua lagi anak kapal iaitu Loloi Alpin dan Sami berusia 30-an diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pom-Pom, berhampiran Semporna, ketika kapal nelayan mereka berlabuh di perairan itu untuk memukat pada jam 10.40 malam. 

Karim berkata, dia menerima panggilan itu pada jam 7.55 pagi Isnin lalu, dan Masurin menyatakan dia bersama Loloi dan Sami dalam keadaan selamat serta kini dipercayai berada di Selatan Filipina.  

"Saya terima panggilan sebanyak satu kali ketika mahu mengerjakan solat sunat Aidiladha manakala isteri Masurin turut menerima panggilan sebanyak dua kali. 

"Masurin berkata, penculik meminta sejumlah wang tuntutan sebanyak dua juta peso atau RM180,000 sebagai wang tebusan dan mereka disahkan dalam keadaan selamat serta berada di Jolo, Filipina," katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan persatuan nelayan di Dewan Perniagaan Tionghua, di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, Karim berkata sekiranya tuntutan itu tidak dilayan, ketiga-tiga pekerjanya mungkin berada dalam keadaan bahaya. 

"Maklumat terkini yang kita terima, tempoh tuntutan diberikan sehingga 19 September ini dan sekiranya gagal membayarnya, mereka akan dipotong kepala. 

"Selepas menerima panggilan telefon itu, saya sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.   

Karim berkata, dia turut bimbang dengan keadaan tiga pekerjanya yang diculik dan dalam masa sama, dia sendiri sudah tidak dapat beroperasi berikutan insiden penculikan itu.  

"Pekerja saya semua sudah takut untuk keluar ke laut dan semua kapal saya tidak beroperasi sejak kejadian itu," katanya.

Related

Kes penculikan di semporna 9075260377137438104

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item