satusabah

Maut tercampak kenderaan terbalik

Lahad Datu: Pengurus ladang kelapa sawit maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan lalu terbalik di Kilometer 19 Jalan Lahad Datu-Sandakan dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian 6.15 petang itu, Ramesh Kumar Subramanyam, 33, yang beralamat di Taman Pondok Labu, Kulim, Kedah, maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memotong motosikal di jalan selekoh sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan raya.

"Pacuan empat roda dipandu mangsa kemudian terlanggar tiang telefon dan pokok kelapa sawit lalu terbalik beberapa kali sebelum mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan. 

"Pemandu meninggal dunia di lokasi dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related

kemalangan di Lahad Datu 168102130755599228

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item