satusabah

Mayat Lelaki Ditemui di Jalan Tuaran BY Pass

Kota Kinabalu: Mayat lelaki ditemui dalam parit berhadapan restoran makanan segera di Jalan Tuaran By Pass di sini.

Mangsa dikenali sebagai Arsad beralamat di Sandakan ditemui lengkap berpakaian oleh orang awam pada 9.15 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Difahamkan, mangsa sudah meninggal dunia kira-kira enam jam lalu, sebelum mayatnya ditemui. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. 

"Anggota polis masih menjalankan siasatan punca sebentar kematian mangsa terbabit," katanya.

Related

Kota Kinabalu 8560024975180420978

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item