satusabah

Mayat Lelaki Lemas Di Pulau Banggi Ditemui

KUDAT: Mayat seorang lelaki yang lemas selepas bot mangsa dipercayai karam akibat cuaca buruk di sekitar perairan Dogoton, Pulau Banggi ditemui lewat petang kelmarin.

Mangsa Abrasin Bin Marsuli, 79, ditemui terdampar di kawasan Pantai Iskandar Utara iaitu pada hari kedua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) sejak dilaporkan hilang pada 24 September lalu selepas keluar memancing seorang diri di perairan Dogoton.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Bin Mat Som berkata, Pusat Operasi Maritim Daerah Kudat telah menerima maklumat kejadian berkenaan dari Balai Polis Karakit pada 25 September dan seterusnya telah mengarahkan aset dari Pejabat Maritim Kudat ke lokasi kejadian.

“Operasi SAR ini melibatkan sebuah helikopter dan dua buah bot laju dari APMM Kudat, dua buah bot dari PPM Kudat, sebuah kapal dari TLDM dan turut melibatkan beberapa buah bot dari penduduk kampung,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, agensi ini sentisa bersedia pada setiap masa dalam memberikan bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat dan turut menyeru agar masyarakat sentiasa melaporkan kepada pihak APMM sekiranya berlaku sebarang masalah di laut.

Related

Pulau Baggi 2956871236598295579

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item