satusabah

Merkuri bikin cemas

Penampang: Pelajar tingkatan empat luka selepas terkena serpihan kaca jangka suhu di makmal Sekolah Menengah (SM) St Michael, Penampang, hari ini.

Joshua Vinilis Johny, 16, yang luka di tangan kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut, pada kejadian 8.40 pagi.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata sepasukan lima anggota dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dihantar ke sekolah itu.

“Sebaik tiba, anggota bomba membuat pengungsian kira-kira 100 meter dari lokasi tumpahan merkuri bagi tindakan awal.

"anggota Hazmat kemudian melakukan kerja pembersihan menggunakan sulfur dan mengumpulkan bahan merbahaya ke dalam beg pelupusan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pelajar lelaki yang luka di bahagian tangan kemudian dikejarkan ke HEQ untuk rawatan lanjut.

"Ketika kejadian, dua puluh pelajar berada di makmal dan semua dibawa ke tempat selamat untuk tindakan seterusnya.

"Tumpahan bahan berbahaya itu berjaya dikawal pada jam 9.15 pagi dan operasi tamat setengah jam kemudian," katanya.

Related

Penampang 1236052311245899423

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item