satusabah

MKN Sabah Serbu Sipitang

KOTA KINABALU: Seramai 108 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu selama 19 jam di daerah Sipitang melibatkan pelbagai agensi yang diketuai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah.

MKN dalam kenyataannya malam ini berkata PATI yang berumur antara tiga dan 74 tahun itu adalah sebahagian daripada 332 individu yang diperiksa dalam operasi yang bermula pukul 12.30 pagi dan berakhir 7.30 malam ini.

"Daripada mereka yang ditahan itu, 97 daripadanya adalah warga Filipina manakala selebihnya ada warga Indonesia.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen Pindaan 2002 kerana memasuki negara ini secara haram," kata MKN.

Sementara itu, MKN berkata sejak Jan hingga hari ini, seramai 1,988 PATI telah diberkas dan ditahan di empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di seluruh Sabah untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Menurut MKN, bagi tempoh sama, seramai 17,225 PATI telah dihantar pulang ke negara asal dan daripada jumlah itu, 13,648 orang adalah warga Filipina, 3,423 warga Indonesia dan bakinya lain-lain negara. -- BERNAMA

Lihat Gambar selanjutnya:

Related

Sipitang 4772748104814954417

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item