satusabah

Mumia 'Bersuara'

Rome: Selepas mati 5,300 tahun lalu, mumia dikenali sebagai Ötzi the Iceman akhirnya mampu ‘bersuara.’

Menggunakan imbasan CT, sekumpulan sainitis berjaya mencipta semula suara lelaki kuno itu yang garau.

Pasukan berkenaan berjaya mencipta semula pita suara, tekak dan mulutnya, seterusnya membolehkan mereka menghasilkan bunyi vokal Ötzi secara digital.

Suaranya dianggarkan mempunyai frekuensi antara 100 hertz hingga 150 hertz iaitu sama seperti lelaki biasa hari ini. Ketua penyelidik dan pakar laringologi di Hospital San Maurizio,

Bolzano, Rolando Füstös berkata: “Kami tidak dapat mengatakan berjaya menghasilkan semula suara Ötzi kerana masih ada maklumat penting daripada mumia itu yang gagal diperoleh.

“Namun, dengan dua ukuran panjang saluran vokal dan pita suara, kami berjaya menghasilkan semula bunyi yang dianggarkan hampir serupa dengan suara asal mumia berkenaan. – Agensi/HMetro

Related

cerita pelik 1346003621218295155

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item