satusabah

Orang dalam dedah maklumat - PM

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan ada orang dalam yang mendedahkan maklumat operasi pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hingga menyukarkan usaha membendung penculikan di negeri berkenaan.

Katanya, maklumat sedemikian membuka ruang kepada orang luar untuk mengetahui lokasi dan masa tertentu anggota ESSCOM ditempatkan.

"Bila ada maklumat, mereka akan tahu bila dan di mana tak ada pasukan keselamatan. "Ketika itulah mereka akan bertindak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Jelas beliau, adalah mustahil untuk kerajaan menempatkan anggota ESSCOM di setiap lokasi, pada setiap masa.

"Ini buka alasan... malah, saya pun rasa sesuatu tamparan kepada kita.

"Namun, tak ada negara pun yang mampu berbuat demikian... walau negara maju sekalipun. "Justeru, kita mahu supaya tindakan baru dilakukan oleh pihak ESSCOM," katanya.

Related

Penculik Bersenjata 3034714432651782296

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item