satusabah

Padah Tunjuk Kemewahan

London: Kegiatan seorang pengedar dadah berjaya dibongkar polis selepas suspek menunjuk-nunjuk kehidupan mewahnya di laman sosial termasuk berendam di tab mandi bersama wang tunai.

Levi Watson, 29, pernah ditahan polis di daerah West Midlands kerana disyaki terbabit dalam satu sindiket pengedaran dadah tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti. 

Lelaki itu memberitahu polis, dia tiada sebarang pendapatan dan menjalani kehidupan sederhana. 

Namun polis mula curiga selepas mendapati Watson sering menunjuk-nunjuk kehidupan mewahnya di laman sosial Instagram. 

Antara gambar yang dimuat naik Watson termasuklah bercuti ke luar negara, menaiki helikopter, berendam dalam tab mandi bersama wang tunai dan memandu kereta mewah. – Agensi/HMetro

Related

Berita Luar Negara 9073714692622797632

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item