satusabah

Pecah Masuk Gereja, Lelaki Dipenjara 18 Bulan

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan memecah masuk dan mencuri di dalam gereja.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas ter­tuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 23 September lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbang­kan beberapa faktor ter­masuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Mohammad Zakri Ke­lupu, 26, dari Simpang 4, Kampung Pasir, Lutong didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh melakukan pecah masuk dengan memecah masuk sebuah gereja yang dijaga oleh Reymond Jantan dan mencuri sebuah mesin pencetak jenama Brother, sebuah equalizer jenama Samick, satu unit pemanas plastik jenama Gold Bond, satu unit mixer jenama Tecnik, sebuan pembesar suara Tecnik dan sebuah dapur gas.

Kesalahan itu didakwa di­lakukan tertuduh jam 10.10 malam, pada 19 September lalu di Gereja BEM Community Lu­tong, Lutong Bazaar di sini. Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Related

Sarawak 1818684624263685744

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item