satusabah

Pesara guru dibunuh rakan

Kota Kinabalu: Pesara guru wanita ditemui mati dipercayai ditikam rakan yang mengalami masalah mental di rumah di Kepayan Ridge, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Ngu Lim Kiau, 64, meninggal dunia di ruang tamu kediamannya dalam keadaan terlentang sebelum ditemui oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, sepasukan anggota polis ke lokasi sebaik menerima maklumat itu.

"Suspek cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan kirinya selain menikam tubuhnya.

"Bagaimanapun kita menyelamatkannya dan membawanya ke hospital untuk dirawat sebelum ditahan.

Suspek adalah seorang wanita berusia 65 tahun yang juga rakan karib mangsa dan mempunyai rekod sebagai pesakit mental," katanya di sini, hari ini.

Related

Jenayah 7114359304789049619

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item