satusabah

Polis Tahan 11 Kereta Terlibat Perlumbaan di Jalan Lintas

Foto Polis Kota Kinabalu
KOTA KINABALU: Polis di sini telah menahan 11 kereta dan sebuah motosikal yang terlibat dengan perlumbaan haram di Jalan Lintas dan jalan berhampiran pusat membeli-belah Imago di sini dalam Operasi Samseng Jalanan pada 25 Sept lepas.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata tiga lelaki ditahan kerana memandu secara melulu, yang juga dipercayai terlibat dengan perlumbaan haram di Jalan Lintas melibatkan laluan sepanjang kira-kira 3km.

"Seorang lelaki ditahan kerana dipengaruhi alkohol dan tiga lelaki pula ditahan kerana didapati ada waran tangkapan dikeluarkan terhadap mereka," katanya.

Chandra memberi amaran keras kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan perlumbaan haram kerana kegiatan itu membawa implikasi buruk kepada keselamatan pemandu dan orang awam di sekitar serta gangguan bunyi bising.

"Perlumbaan haram juga menggalakkan perjudian serta budaya samseng yang kita mahu elakkan," tambahnya.

Related

Lumba Haram 1620566486785777619

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item