satusabah

POLITIK SABAH : Shafie Apdal Ambil Alih Parti Tempatan Sabah

PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada di Sabah yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. 

Shafie berkata, kehadirannya di Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini, hari ini bertujuan memohon pertukaran nama dan logo parti itu, serta perkara lain yang berkaitan. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama parti yang diambil alih dan nama baharu baginya, namun mengesahkan akan menjadi Presiden parti berkenaan yang ditubuhkan pada 2013. 

"Kita akan umumkan nama dan perkara lain selepas mendapat kelulusan ROS nanti. Saya yakin ia tidak akan mengambil masa lama," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang permohonan kepada ROS. 

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, parti berkenaan adalah parti berbilang kaum dan mahu berjuang untuk rakyat. 

Ditanya mengapa beliau tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Shafie berkata, beliau mahu menumpukan kepada perjuangan di Sabah. 

"Kita akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai matlamat yang sama," katanya. 

Shafie sebelum ini mengumumkan keluar UMNO pada 4 Julai lalu, selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian beliau pada 24 Jun.

Related

Shafie Apdal 8791889554600611154

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item