satusabah

Punca Pejalan Kaki Maut Dilanggar di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki maut dilanggar dalam satu kemalangan di Jalan Coastal berhadapan Star City awal pagi kelmarin.

Mangsa seorang lelaki berbangsa Dusun berumur 29 tahun itu dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo dalam satu kejadian pada kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan yang dipandu dari arah Kota Kinabalu menuju ke Donggongon sebelum melanggar mangsa yang tiba-tiba melintas jalan dari arah kanan.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. "Pemandu itu disyaki mabuk dan kini ditahan di lokap berpusat untuk siasatan lanjut," katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati kemalangan adalah berpunca dari kecuaian pejalan kaki yang tidak berhati-hati ketika melintas jalan raya. Manakala pemandu kenderaan yang memandu kenderaan yang memandu di bawah alkohol.

 "Kes ini akan disiasat berdasarkan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987," katanya.

Related

Kemalangan Kota Kinabalu 6078703497137050678

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item