satusabah

Rumah Panjang di Bintulu Terbakar

Bintulu: Lebih 160 orang penduduk Rumah Panjang Indang Abok di Sungai Labang Sebauh, Bintulu hilang tempat tinggal dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai Daerah Sebauh, Desmond Jerukan berkata dalam kejadian 9 malam itu,  33 daripada 41 pintu rumah hangus dijilat api manakala lapan pintu lagi terselamat.

Rumah panjang itu mempunyai 250 orang penghuni yang majoritinya menetap dan bekerja di Bintulu.

Desmond berkata bantuan segera kepada penghuni terbabit sedang diuruskan  Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Hambali Mohamad berkata pihaknya terpaksa menggunakan kenderaan pikap dan kemudian  menumpang bot untuk membawa peralatan memadam api.

Beliau berkata pihaknya hanya dapat memadam sisa bara api yang tinggal.

Punca kebakaran masih disiasat, katanya.

Related

Sarawak 7147565476134910805

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item