satusabah

SPRM Sabah Cari Dua Lelaki

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Sabah mencari dua lelaki untuk membantu mereka dalam dua kes.

Dua individu yang dicari dan dinamakan oleh SPRM itu dikenali sebagai Mohd Saiman Bin Salian (851001-12-5661) yang alamat terakhirnya di Syarikat Lembah Impian Kitchen & Cake House, Taman Malakun, Penampang dan Suhaimie Samsu Baharin (870416-49-5369) yang alamat terakhirnya di Saravest Enterprise, Block F-9-1, Tingkat 1, Plaza Tanjung Aru, Jalan Tun Mustapha.

Kedua-dua lelaki ini diperlukan dengan segera oleh SPRM yang turut meminta orang ramai untuk menghubungi suruhanjaya itu sekiranya mengenali atau terjumpa dengan kedua-dua mereka.

Mohd Sariman dan Suhaimie diminta untuk menghadirkan diri ke pejabat SPRM atau menghubungi Pegawai Penyiasat Fredolinneysham Jiepanis di talian 013-8886658 atau 088- 488381.

Related

SPRM 2823523816466285986

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item