satusabah

Suami Tak Galak Berlakon

SEJAK mendirikan rumah tangga, sudah jarang kita lihat Marsha Milan Londoh muncul dalam mana-mana drama ataupun filem.

Mengulas hal itu, bintang kelahiran Akademi Fantasia ini mengakui, suaminya Mohamed Shaiful, 29, tidak menggalakkan untuk dia terlalu aktif dalam bidang lakonan. 

Menurut Marsha, 31, banyak faktor yang perlu diambil kira untuk menerima tawaran berlakon termasuk komitmen penggambaran yang panjang. 

“Saya akan lebih tumpu kepada bidang nyanyian dan pengacaraan, bukan saya tidak mahu berlakon cuma selepas berkahwin ada banyak yang perlu diambil berat terutamanya yang melibatkan penggambaran terlalu lama. 

Kalau boleh saya tidak mahu balik rumah lambat terutama pada fasa baru berkahwin ini. “Suami tidak melarang cuma dia tidak menggalakkan sahaja. 

Dia minta saya pilih tawaran yang benar-benar berbaloi,” ujarnya kepada mStar Online. 

Dalam pada itu, Marsha memberitahu, dia juga enggan berlakon watak-watak yang kurang sopan dan tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri. 

Marsha berkahwin dengan Shaiful pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang.

Related

marsha milan londoh 406717146991209268

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item