satusabah

Tawau Viral: Lelaki Indonesia ditahan bantu siasatan

Tawau: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku oleh pihak berkuasa dalam memudahkan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) melalui perairan, di daerah ini.

Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, lelaki berusia 38 tahun berkenaan ditahan polis di sebuah rumah tidak bernombor dalam kebun sawit Kampung Anderasy, Batu 17, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menahan lelaki itu bagi membantu siasatan video yang kini viral di Internet.

Sebelum ini,laporan sebuah stesen televisyen Indonesia yang didakwa mendedahkan secara terperinci bagaimana ratusan pendatang mendarat di daerah ini setiap hari.

BACA JUGA: GEMPAR! Media Indonesia Dakwa Ratusan PATI Mendarat Di Tawau Setiap Hari 

Wartawan Indonesia itu juga menyamar sebagai tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk masuk secara haram ke Malaysia melalui Tawau, selain mendedahkan bagaimana perjalanan pendatang dari negara jiran itu dipermudahkan dengan memberi rasuah antara RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa negara ini.

Related

Video 3476908284331133145

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item