satusabah

Tiga kru kapal nelayan diculik

Tawau: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengesahkan kejadian culik membabitkan kru kapal nelayan di perairan Pulau Pom-Pom, malam tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya menerima laporan mengenainya, 1.59 pagi tadi.

"Kita menerima laporan daripada pemilik kapal nelayan yang mendakwa kapalnya ditahan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dan turut membawa lari tiga krunya termasuk juragan dan mekanik.

"Setakat ini, dipercayai tiga kru kapal itu dibawa lari ke negara jiran," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata laporan mengenai kejadian itu turut diterima.

"Polis ada menerima laporan itu dan ia sedang disiasat," katanya.

Terdahulu, menurut sumber tiga individu yang terdiri daripada juragan dan dua kru kapal yang dipercayai diculik pada jam jam 10.22 malam itu dikenali sebagai Masurin, 50-an; Loloi, 30; dan Sami berusia 30-an.

Related

Kes penculikan di semporna 4250211530842537274

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item