satusabah

Viral Pemandu Uber Dimalukan Pemandu Teksi di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: Dua lelaki dipercayai pemandu Uber dimarahi dan dimalukan oleh pemandu teksi di sini dalam video yang dimuatnaik di facebook.

Kedua-dua video telah dimuat naik di Facebook pada hari Jumaat oleh seorang pemandu Uber yang terus mendapat perhatian di kalangan netizen di mana mereka turut bersimpati kepada pemandu uber tersebut.

Seorang pengguna facebook Miguelmutien berpendapat video itu diambil sendiri oleh kumpulan pemandu teksi untuk dikongsi sesama mereka sebelum terlepas dan dimuatnaik di laman sosial.

"Tindakan pemandu teksi ini mengambil video dan bersikap di luar batasan sebenarnya telah membantu kami untuk mempromosikan perkhidmatan kami," menurut komen seorang pemandu Uber. Difahamkan salah seorang mangsa dimalukan dalam video viral itu telah membuat repot polis.

"Ini bukan kali pertama pemandu teksi bertindak secara agresif ke arah pemandu Uber namun kedua-dua lelaki dalam video itu adalah yang paling teruk setakat ini."

Melalui video yang tersebar luas itu, Kedua-dua pemandu Uber dihalang oleh pemandu teksi yang memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengambil penumpang di kawasan pemandu teksi. Mereka juga mempersoalkan samaada pemandu uber itu memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV).

Related

VIRAL 4241969261981843094

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item