satusabah

Wanita potong kemaluan suami dilepas tanpa dibebaskan

KUALA PILAH: Seorang wanita yang didakwa memotong kemaluan suaminya di Jempol, Januari lalu, dilepas tanpa dibebaskan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. 

Hakim Nariman Badruddin, membenarkan permohonan pembelaan supaya Fatimah Abdullah, 51, dilepas tanpa dibebaskan selepas pihak pendakwaan tidak dapat mengesahkan mengenai suaminya yang kini berada di Pakistan, untuk pulang ke negara ini bagi memberi keterangan di mahkamah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Rahimah Abd Majid, mahu meneruskan perbicaraan dengan menyoal saksi lain yang hadir, termasuk dua orang doktor. 

Bagaimanapun, peguam tertuduh, J Gunamalar, membantah dengan alasan bahawa ketiadaan suaminya yang juga pengadu, iaitu saksi tunggal kes, akan menyebabkan pendakwaan terhadapnya menjadi tidak berasas. 

"Isu di sini bukan sahaja apa yang berlaku, tetapi siapa yang melakukannya. Oleh itu, saya memohon agar tertuduh dilepaskan mengikut Seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah," katanya. 

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Pakistan, Umar Rahman, 44, dengan menggunakan pisau yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian, pada jam 1.20 pagi, 20 Januari lalu di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Related

mahkamah 1634958525959529745

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item