satusabah

10 Kakitangan JANS dibebas

Kota Kinabalu: Sepuluh kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang ditahan dalam Op Water II minggu lalu, dibebaskan daripada tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus berkata, keputusan itu dibuat selepas tempoh tahanan reman ke atas tertuduh tamat hari ini.

Beliau membenarkan lapan daripada kakitangan berkenaan diikat jamin sebanyak RM200,000 dan dua lagi RM50,000 dengan dua orang penjamin, setiap seorang.

Semua suspek antara 28 individu yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 4 Oktober lalu selepas dipercayai terbabit dengan kes rasuah dan penyelewengan peruntukan projek infrastruktur sebuah jabatan kerajaan di sini, bernilai RM3.3 bilion.

Berikutan itu, SPRM masih lagi menahan reman tujuh individu bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.

Related

SPRM 6947704011732917860

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item