satusabah

32 maut, 100 cedera majlis kahwin dibom

BEIRUT 4 Okt. - Satu majlis perkahwinan membabitkan anggota Tentera Demokratik Syria (SDF) di Hasakeh, timur laut Syria semalam, bertukar tragedi apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri di dalam dewan majlis berkenaan, mengorbankan 32 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.

Insiden berdarah itu berlaku di Tall Tawil, sebuah perkampu­ngan di Hasakeh, apabila seorang lelaki lengkap berjaket hitam memasuki dewan tersebut dalam keadaan pelik dan mencurigakan.

Perkara itu diceritakan oleh seorang mangsa, Ahmad, yang cedera di kepala akibat letupan tersebut. “Sewaktu pasangan pengantin saling bertukar ikrar setia, saya melihat seorang lelaki memakai jaket tebal berwarna hitam berjalan depan saya.

Dia kelihatan pelik dan beberapa saat kemudian, letupan kuat berlaku. “Saya melihat ramai orang terbaring di atas lantai dan mayat bergelimpangan di sana sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria, Rami Abdel Rahman mengesahkan mengenai peristiwa malang tersebut kepada AFP. Badan pemantau dan pegawai tempatan Kurdish mendakwa pengantin lelaki terbunuh dalam serangan tersebut, namun salah seorang saudara terdekat memberitahu bahawa kedua-dua pasangan selamat.

Dalam satu lagi serangan ber­asingan, sekurang-kurangnya tiga pekerja yang ditugaskan untuk membaiki sebuah hospital di Aleppo, M10 terbunuh dalam serangan udara Rusia semalam.

Jurucakap Persatuan Perubatan Sy­ria-Amerika, Dr. Abu al-Izz berkata, satu lagi serangan udara turut mengorbankan empat orang di luar hospital bawah tanah itu.

Tambahnya, hospital itu dilaporkan musnah sama sekali dalam serangan bom yang direka untuk memusnahkan kemudahan bawah tanah.

Dalam perkembangan lain, Amerika Syarikat (AS) menangguhkan rundingan dengan Rusia dalam usaha memulihkan kegagalan gencatan senjata di Syria dan menubuhkan satu sel ketenteraan bersama untuk menya­sarkan kumpulan jihad.

“Ini bukan satu keputusan mudah,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, John Kirby yang mendakwa Rusia dan Syria mening­katkan serangan ke atas kawasan tum­puan awam. – AFP/DPA

Related

Global 4200954652270872207

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item