satusabah

38 rumah setinggan musnah di Kudat

Kudat: Sebanyak 38 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Pantai Bahagia, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan selepas semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 4.27 pagi sepasukan 22 anggota bersama tiga jentera dan utiliti bergegas ke tempat kejadian.

"Api dapat dikawal jam 6.14 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.25 pagi tadi. "Siasatan awal mendapati kebakaran membabitkan 38 rumah setinggan yang terbakar sepenuhnya," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran turut menggunakan sumber air laut. "Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Related

kebakaran Terkini 3482754831248211209

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item