satusabah

Ais kiub tercemar bahayakan pengguna

PENYEDIAAN ais kiub yang tidak dijaga kebersihannya semasa proses pembuatan akan mudah dicemari oleh virus dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM), Dr Sareena Hanim Hamzah mengakui, sukar untuk kawal dan elakkan pengguna daripada minum air yang diisi ais kiub.

“Pengguna boleh buat ais kiub di rumah menggunakan air yang telah dimasak. Ais kiub di pasaran tidak diketahui sumber air yang digunakan.

“Bagaimanapun jika ke kedai, restoran atau majlis pastinya sukar untuk pengguna memilih dan meneliti ais kiub yang terdapat dalam minuman yang disediakan,” katanya.

Tetapi menurut Dr Sareena Hanim, sebaiknya pengguna harus mengelak pengambilan air yang mengandungi ais kiub.

“Kalau boleh elakkan, tapi memang susah nak kawal. Cuma kena beri kesedaran kepada pengguna.

“Pihak berkuasa yang berkenaan perlu melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan pengendalian proses penghasilan mengikut standard yang ditetapkan dari segi kualiti air, peralatan yang digunakan, persekitaran, tempat penyimpanan dan juga tahap kesihatan pekerja,” katanya.

Related

perkongsian ilmu 3789888977741294154

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item