satusabah

Anggota Abu Sayyaf Serah Diri

MANILA: Sekumpulan 11 anggota kumpulan Abu Sayyaf yang mempunyai hubungan dengan Daesh menyerah diri pada Isnin di kepulauan Basilan di selatan negara itu.

Menurut laporan The Philippine Star, seorang pemimpin muda Abu Sayyaf dan budak lelaki 12 tahun ialah antara militan yang menyerah diri.

Akhbar berkenaan menambah, kumpulan itu berbuat demikian kepada pihak berkuasa di bandar Sumisip, berkata mereka sudah letih untuk meneruskan perjuangan menentang kerajaan.

Abu Sayyaf, kumpulan militan yang berpangkalan di barat daya Filipina, dikenali kerana melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan, kerap menyasarkan warga asing dan kadang-kadang memenggal kepala tebusan jika wang tidak dibayar. – AGENSI/BH Online

Related

Selatan Filipina 8782394610830445626

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item