satusabah

Bapa Maut, Anak Cedera Terkena Tembakan


KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala anaknya yang berusia 14 tahun cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian di kawasan hutan Kampung Sinungkalangan, Tambunan dekat sini lewat malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.42 malam itu berlaku ketika dua beranak tersebut berada di kebun pisang milik mereka untuk memasang jerat binatang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, ketika sedang memasang jerat kedua-dua mangsa telah ditembak dari arah yang tidak dapat dipastikan.

"Mangsa pertama iaitu seorang bapa berusia 52 tahun cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian badan manakala anaknya cedera di bahagian kaki.

"Mangsa pertama kemudiannya disahkan meninggal dunia manakala mangsa kedua dalam keadaan stabil," ujarnya.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Related

Kes Bunuh 3694236778267153879

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item