satusabah

Bayi dalam lubang tandas selamat

Khujand: Seorang bayi yang baru lahir ditemui di dalam lubang najis di bawah tandas awam dengan beg plastik menyelubungi kepalanya.

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu menangis selepas dia ditarik keluar dari lubang berkenaan dan plastik itu dicabut dari kepalanya.

Kejadian berlaku di bandar Khujand di wilayah Sughd, barat laut Tajikistan.

Seorang wanita dipercayai membungkus muka bayi berkenaan dengan plastik bagi memastikan tangisannya tidak didengari orang ramai sebelum membuangnya ke dalam tandas.

Bagaimanapun, mujur bayi itu dilihat oleh seorang penduduk yang menggunakan tandas itu sebelum dia meminta bantuan daripada jiran yang lain. - HMetro Online

Related

Kes Buang Bayi 1583251834599328427

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item