satusabah

Bekas Timbalan Pengarah Ditahan

Kota Kinabalu: Bekas timbalan pengarah di sebuah jabatan di negeri ini ditahan reman selama enam hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes penyelewangan projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 biilon di Sabah.

Difahamkan, suspek berusia 62 tahun yang bersara dari jabatan berkenaan, tahun lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya, di sini, semalam.

Ketika ini, suspek difahamkan bertugas sebagai Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah. SPRM turut merampas dua kereta milik suspek.

Bagaimanapun, tiada sebarang rampasan wang tunai dibuat setakat ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRMDatuk€™ Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Ia menjadikan sehingga kini, lima individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan sudah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Related

SPRM 2162815904488595797

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item