satusabah

Belum cadang gabung dengan parti Shafie


PUTRAJAYA - Datuk Seri Lajim Ukin berkata, beliau belum punya cadangan untuk parti baharunya bergabung dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diterajui oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) itu, beliau sudah berbincang dengan rakan-rakan pimpinannya dan mahu memberi tumpuan kepada parti baharu itu.

“Buat masa sekarang saya merasakan kami perlu ada parti sendiri untuk rakyat Sabah juga.

 [ARTIKEL BERKAITAN: Parti Harapan Rakyat Sabah Sudah Lulus ROS]

“Di samping itu, kami mengharapkan parti ini dapat buktikan penyatuan semua kaum dan kepimpinan dalam negeri Sabah dapat dilakukan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros), hari ini.

Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah itu bertindak keluar PKR awal bulan ini. Lajim Ukin beralasan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk mendapat sokongan rakyat Sabah dalam pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut, Lajim Ukin turut menegaskan penubuhan parti baharunya tidak akan membawa perpecahan di Sabah.

“Penubuhan parti ini bukan lah mengikut kehendak pemimpin tapi kerana rakyat sendiri yang inginkan parti tempatan.

“Mereka merasakan lebih baik ada ‘rumah’ sendiri daripada menumpang rumah orang lain,” katanya lagi.

Related

Politik 5892324512459814204

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item