satusabah

Belum Habis Kira

Kota Kinabalu: Baki wang tunai dalam lima peti besi simpanan keselamatan yang disita dalam kes penahanan dua pegawai kanan masih dalam pengiraan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, SPRM masih berusaha mengira jumlah wang tunai berkenaan susulan tangkapan yang terbesar itu.

"Setakat ini, mereka (SPRM) masih mengambil masa untuk mengira wang tunai yang tersimpan dalam lima peti besi berkenaan selepas disita semalam.

"Sebarang perkembangan berhubungnya akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Dalam pada itu, sumber itu turut mendedahkan SPRM akan memanggil ahli keluarga seorang daripada suspek yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Related

SPRM 4317834703241358141

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item