satusabah

Benarkah IPG Gaya Keningau Akan Ditutup ?

KOTA KINABALU: Dua Institut perguruan terkenal yang berjaya melahirkan beribu-ribu guru sejak 53 tahun lalu mungkin terpaksa ditutup selamanya.

Institut Pendidikan Guru Gaya dan Institut Pendidikan Guru Keningau, Harian Ekspress difahamkan adalah antara sembilan institut di negara ini yang dilihat 'tidak berkesan dari segi kos' oleh kementerian Pendidikan.

Dan dengan menutupnya akan memboleh kementerian mengurangkan tanggungan dan dengan itu membolehkan institusi-institusi lain mengambil alih kemudahan tersebut.

Hanya sedikit maklumat dapat dikumpul mengenai proses tersebut pada ketika ini tetapi difahamkan niat untuk menutup institusi berkenaan dimaklumkan dalam mesyuarat rasmi peringkat kementerian di Putrajaya baru-baru ini.

Difahamkan perkara itu dinyatakan oleh seorang individu penting di Mesyuarat Penyelarasan Status Institut Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia kementerian pendidikanyang diadakan di pejabat Kampus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia pada 11 Oktober lalu.

Pengarah pendidikan Datuk Maimunah Suhaibul tidak memberikan sebarang maklum balas ditanya tentang perkara tersebut.

Penutupan itu dijangka akan menjejaskan beratus-ratus dan beribu-ribu guru pelatih yang menjalani pengajian mereka di sana dan juga memperlahankan peralihan bagi guru Sabah berkhidmat di negeri ini yang dilaksanakan oleh kementerian pendidikan.



Laporan asal Harian Ekspres, 20 Oktober 2016

Kredit kepada follower Facebook 1SABAH kerana menaip balik bahagian penting dalam artikel di atas kemudian dikirimkan kepada 1SABAH untuk dikongsi kepada semua pembaca terutama golongan guru yang anggap khabar angin dan fitnah dari pihak tertentu. -
- Portal SatuSabah.com

Related

Isu Semasa 2015962690595812243

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item