satusabah

Drebar korban lori masuk gaung

Limbang: Seorang lelaki meninggal dunia selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Juku di sini, jam 5.30 pagi semalam.

Mangsa, Yahya Mosidi, 42, parah di kepala akibat tercampak kira-kira 50 meter daripada lori.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Mohd Bokhari Saffai berkata, kejadian berlaku di laluan balak yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pekan Medamit.

“Ketika kejadian, mangsa membawa muatan batu dari Ulu Medamit ke pekan Medamit. Siasatan awal mendapati lori hilang kawalan di kawasan berbukit itu sebelum terjunam ke gaung.

“Ia menyebabkan mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya. Mohd Bokhari berkata, kejadian disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. -Bernama

Related

Kemalangan 8442516059354991200

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item