satusabah

Gambar Artis Malaysia Ini jadi Perbualan Netizen

Sengaja mencari publisiti murahan atau sebenarnya tidak ambil pusing soal sensitiviti masyarakat? Itu yang berlegar di fikiran tatkala melihat gambar bercumbuan antara pasangan, Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin.

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Gambar itu dimuat naik di Instagram milik Che Ta sendiri pada isnin lalu. Belum pernah lagi rasanya nama pelakon Diari Ramadan Rafiq ini senyap daripada kontroversi. Ada sahaja cerita sensasi tercetus sehingga ada pihak yang mula mempersoalkan peribadi dan perwatakan ibu kepada tiga orang anak ini.

Adakah Che Ta suka namanya selalu terpampang kerana kontroversi tidak ‘murni’ sebegitu? Adakah dia sebenarnya dengan sengaja mencipta cerita panas supaya namanya kekal berputar dalam acuan seni hiburan?

Gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Isnin lalu itu ternyata sekali lagi mencetuskan reaksi negatif peminat. Rata-rata mereka melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon itu. Gambar yang menunjukkan Che Ta dan suami, Zain Saidin bercumbuan di tepi pantai Mykonos, Greece itu dikecam ramai.

Mereka meninggalkan komen menasihati pelakon itu supaya tidak melakukan aksi ‘kurang senonoh’ biarpun sudah berkahwin. Salah seorang peminat yang dikenali sebagai Aziroyani menegaskan Rozita seharusnya malu kerana dia membawa imej wanita Islam yang sepatutnya mencerminkan ciri-ciri kesopanan dan kesederhanaan.

“Maaflah aku hendak tegur juga. Anda bawa imej Islam ke khalayak umum. Jadi biarlah orang menghormati kita sebagai seorang Muslim,” katanya. Dalam pada itu, seorang lagi pengguna laman sosial @Straycat50 berkata, Rozita seharusnya berasa malu dan tidak berkelakuan seperti itu terutama di hadapan khalayak ramai. “Bila manusia sudah hilang rasa malu dan hal yang sepatutnya rahsia suami isteri menjadi tontonan umum, itu adalah tanda-tanda akhir zaman.

Semoga kita semua dijauhkan daripada melakukan seperti itu,” katanya. Malah, salah seorang peminat yang dikenali sebagai @sis_bella33 memerli pasangan pelakon tersebut yang seakan sengaja mengundang publisiti murahan dan menggunakan status ‘halal’ sebagai suami isteri untuk bertindak sedemikian. “Tidak mengapa, halal. Ya Allah. Habis itu, boleh lah buat video tidak senonoh selepas ini, asalkan halal? Semua boleh tengok, asalkan halal,” komennya sinis dalam gambar yang disiarkan di laman @Rozitachewan1.

Namun, ada juga peminat yang mempertahankan tindakan pelakon tersebut dengan menggunakan alasan mereka berdua merupakan suami isteri dan tidak perlu dipersoalkan lagi gambar bercumbuan tersebut. Malah ada juga yang menganggap tindakan Rozita memuat naik gambar tersebut untuk menyaingi kontroversi Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang juga telah memuat naik gambar yang hampir serupa pada 1 Oktober lepas.

Gambar tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi kurang senang peminat sehingga Awal bertindak membidas kembali salah satu komen dengan menyatakan mereka adalah suami isteri dan bergambar begitu tidak ada salahnya.

Kelakarnya, si kecil Lara pun sebelum ini pernah terkena serangan kata-kata pedas netizen. Hanya kerana memakai tudung dengan baju tidak berlengan, dia menjadi sasaran peminat. Tuan-tuan dan puan-puan, dia baru dua tahun okay! Terlalu kecil untuk dikecam sebegitu. Apa pun, tepuk dada tanya selera.

Jikalau sudah tahu ada peminat yang berfikiran sebegitu, kenapa perlu sendiri cari penyakit? Dari satu sudut lain, itu adalah laman sosial milik mereka, jadi suka hatilah hendak muat naik gambar apa pun, tetapi perlukan kisah yang sepatutnya menjadi rahsia dalam ‘rumah tangga’ dibuka dengan sebegini luas?

Usaha HITS untuk mendapatkan komen si cantik ini pun gagal berikutan pasangan ini sedang menjalani program percutian mewah di Greece bersama tiga lagi anak Che Ta, selain rakan-rakan rapat mereka. Yalah, kita kenalah dapatkan sedikit pandangan daripada Che Ta, baru adil kan.

Tapi itulah, dia pun sedang seronok-seronok di sana. Kita tunggu lah kenyataannya bila balik ke tanah air nanti. Tunggu sahajalah! - UTUSAN ONLINE !

Related

Berita Hiburan 8103417623468836082

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item