satusabah

Hina Jalur Gemilang:, 9 Warga Ausralia Ditahan Polis


KOTA KINABALU: Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata mereka yang ditahan kira-kira jam 5 petang, berusia antara 25 hingga 29 tahun.

"Semua mereka direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

"Mereka juga turut disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sejak petang semalam, gambar sekumpulan lelaki warga asing dikatakan penonton di SIC yang memakai seluar dalam Jalur Gemilang menjadi 'viral' di media sosial Facebook.

Tindakan lelaki terbabit mendatangkan kemarahan pengguna laman sosial serta menyifatkan mereka menghina serta tidak menghormati negara ini.

Related

mahkamah 9006711571493974705

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item