satusabah

Jet peribadi Cristiano Ronaldo terhempas

Barcelona: Jet peribadi bintang Cristiano Ronaldo berharga RM80 juta terhempas ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang di sini. Bintang Real Madrid dan Portugal itu tidak berada di dalam jet berkenaan ketika kejadian di Lapangan Terbang El Prat, Isnin lalu.

Gear mendarat pesawat itu dikatakan patah kesan daripada kejadian itu dan landasan di lapangan terbang ditutup. Juruterbangnya dirawat kerana cedera ringan dan tidak ada orang yang cedera parah.

Pemain bola sepak berusia 31 tahun itu sering menyewakan pesawat Gulfstream G200 itu yang dibelinya tahun lalu kepada pelanggan peribadi. Bagaimanapun, tidak seorang pun rakan atau anggota keluarganya berada di dalam pesawat itu ketika kejadian. – Agensi/HMetro

Related

pesawat terhempas 4365738713528241968

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item