satusabah

JKR Beri Taklimat Kpd Jabatan Perhutanan Sabah Mengenai Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah


KOTA KINABALU, 9 Okt (Bernama) -- Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberi taklimat kepada pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan dan para pegawai kanan agensi itu mengenai pelan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri, dalam satu kenyataan di sini berkata taklimat yang disampaikan oleh pengarah JKR Datuk Amrullah Kamal antara lain menyentuh jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

"Sebahagian daripada lebuh raya tersebut merentasi rizab hutan dan paya bakau dan pelbagai cara untuk mengurangkan impak pembinaan projek terhadap alam sekitar telah dibincangkan.

"Mesyuarat antara kedua-dua jabatan dalam suasana mesra diharap memupuk kerjasama erat dan mengambil kira pelbagai cabaran yang mungkin dihadapi untuk memastikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah siap mengikut jadual yang ditetapkan," kata kenyataan itu. -- BERNAMA

Related

Lebuhraya Pan Borneo 5170915414118199436

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item