satusabah

Juragan Kapal Dibebaskan Penculik - Polis Sabah

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan juragan kapal pukat jerut yang dilarikan kumpulan bersenjata di perairan Pulau Gaya, Semporna, Selasa lalu dibebaskan awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata Ruslan Nasir Sarapin, 39, tiba di Lahad Datu jam 7 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk diambil keterangan.

"Saya dimaklumkan Ruslan kini berada di IPD Lahad Datu tetapi belum mendapat maklumat bagaimana dia diselamatkan.

"Polis akan merekod keterangannya bagi membantu siasatan," katanya ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri di sini, sebentar tadi.

Selasa lalu, mangsa yang berasal dari Lahad Datu, dilarikan sekumpulan enam lelaki bersenjata dengan bot laju ketika menangkap ikan bersama 26 anak kapal pada kira-kira jam 9.30 malam di perairan Pulau Gaya, Semporna.

Kes berlaku kira-kira dua minggu selepas tiga nelayan warga Filipina yang memegang dokumen IMM13 dilarikan kumpulan bersenjata ketika menangkap ikan di antara perairan Pulau Gaya dan Bohey Dulang, Semporna.

Pada 18 Julai lalu, lima warga Malaysia diculik di perairan Lahad Datu. Mereka dipercayai diculik kumpulan Abu Sayyaf dan dilarikan ke selatan Filipina.

Related

Penculik Bersenjata 2515406179077787476

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item