satusabah

Jurutera JANS bebas tahanan reman

Sandakan: Seorang jurutera bahagian Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dibebaskan dari tahanan reman di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Faelly Jeffrey Lanjungan berkata, keputusan itu dibuat selepas tempoh tahanan reman ke atas tertuduh tamat hari ini.

Beliau turut membenarkan suspek, 59, dibebaskan dengan jaminan RM200,000 tanpa deposit oleh dua orang penjamin.

Menurut sumber, suspek antara 19 individu yang ditahan Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 Oktober lalu selepas dipercayai terbabit dengan kes rasuah dan penyelewengan peruntukan projek infrastruktur jabatan berkenaan bernilai RM3.3 bilion.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Related

SPRM 988752289285583319

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item