satusabah

Kaki, Tangan manusia ditemui dalam perut buaya

KOTA MARUDU: Anggota badan tangan dan kaki dipercayai milik lelaki tempatan yang dibaham buaya ditemui di dalam perut reptilia gergasi yang sepanjang 13.5 kaki pada pagi isnin selepas usaha menangkap buaya itu berhasil.

Kejadian itu belaku pada jumaat lepas ketika mangsa dan dua rakannya menangkap ikan di muara sungai langkon sebelum Mangsa diseret ke dalam air oleh buaya tersebut.

Kawan-kawannya cuba untuk menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya.

[Berita Berkaitan: Jumpa 1 Km dari lokasi hilang]

Buaya itu ditangkap oleh dua pemburu buaya yang dikenali 'kepala besi' dengan meletakkan ayam sebagai umpan di sepanjang Sungai Langkon, empat kilometer dari pekan Kota Marudu.

Selepas empat hari, usaha memburu reptilia yang besar akhirnya berjaya pada pukul 6 pagi isnin.

[Berita Berkaitan: Tangan dan Kaki Dibaham Buaya]
Pemburu buaya terus menghubungi polis dan memaklumkan kepada Jabatan Hidupan Liar sebelum pihak yang berkenaan memeriksa perut buaya itu di Tuaran pada sebelah petang.

Hasil pemeriksaan mengesahkan buaya itu yang menyerang mangsa selepas anggota badan termasuk kaki manusia terputus, ditemui di dalam perut buaya.

Related

Kota Marudu 5676405869866258219

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item