satusabah

Kapal perang AS diserang misi

WASHINGTON 10 Okt. – Sebuah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) nyaris musnah menjadi sasaran dua butir peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah lokasi di Yemen yang dikawal pemberontak Houthi, semalam.

Cubaan serangan terhadap kapal USS Mason oleh kumpulan tersebut yang juga sekutu kepada Iran, dibuat seminggu selepas kapal Emiriah Arab Bersatu (UAE) diserang Houthi. 

Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis berkata, serangan peluru berpandu tersebut gagal me­ngenai sasaran kira-kira pukul 7 malam semalam waktu tempatan apabila kapal berkenaan mengesan dua butir misil dalam tempoh 60 minit di perairan Selat Bab al-Mandab, Laut Merah, Yemen. 

“Kedua-dua peluru berpandu itu terkena laut sebelum sempat mengenai kapal. Tiada kecede­raan dilaporkan kepada krew dan kapal,” katanya. 

Davis berkata, USS Mason tidak membalas serangan tersebut. Minggu lalu, serangan terhadap kapal UAE juga dilakukan di kawasan sama. – REUTERS

Related

Global 28770780817591406

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item