satusabah

Latihan Terakhir Ketenteraan Filipina-Amerika Syarikat

Hanoi: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, latihan ketenteraan bersama antara tentera Filipina dan Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan adalah yang terakhir antara kedua-dua negara sekutu rapat berkenaan.

Duterte yang berucap di hadapan komuniti Filipina di Hanoi lewat kelmarin memberitahu, dia akan mengekalkan hubungan ketenteraan dengan AS kerana ia termaktub dalam perjanjian pertahanan yang ditandatangani antara kedua-dua negara pada 1951.

Katanya, latihan ketenteraan pada minggu depan diteruskan kerana dia tidak mahu memalukan setiausaha pertahanannya. Kata Duterte, dia mahu mewujudkan perdagangan baru dan persepakatan komersial dengan China dan Russia, dan latihan peperangan berkenaan sesuatu yang tidak diingini Beijing.

“Saya akan menghantar notis bagi memberitahu AS bahawa ini adalah latihan ketenteraan bersama terakhir. “Saya mengekalkan hubungan ketenteraan kerana terdapat perjanjian yang ditandatangani Filipina dan AS pada awal 1950-an,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Hubungan Luar Negara, Perfecto Yasay Jr berkata, latihan ketenteraan bersama yang dipersetujui oleh pentadbiran terdahulu akan diteruskan hingga 2017.

Menurutnya, selepas 2017, barulah kedua-dua negara menilai semula sama ada perlu untuk meneruskan lagi latihan ketenteraan berkenaan.

“Apa yang dimaksudkan Duterte adalah dia melihat tidak perlu lagi latihan ketenteraan bersama antara kedua-dua negara diadakan.

“Namun, latihan ketenteraan pada 2017 yang sudah dipersetujui akan diteruskan,” jelasnya.

Menurutnya, rondaan bersama oleh tentera Filipina dan AS di Laut China Selatan tidak akan diteruskan lagi kerana Manila tidak mahu meningkatkan ketegangan di wilayah itu.

Related

Global 6478228552718677947

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item