satusabah

Lelaki Jumpa Ular Dua Kepala

NEW YORK: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) terkejut besar apabila menemukan seekor ular berkepala dua ketika sedang bekerja di kawasan tempat letak kereta di sebuah universiti di Idaho, baru-baru ini.

Menurut laporan stesen televisyen KTVB, lelaki berkenaan, Brad Byers berkongsi video yang menunjukkan ular kecil tersebut yang ditemukan ketika memandu forklift.

"Pada awalnya saya menyangka ular itu cedera akibat dilanggar forklift.

 "Tetapi apabila melihat dengan teliti, reptilia itu memiliki dua kepala," katanya.

Byers merupakan staf di universiti tersebut tetapi turut memegang rekod dunia bagi acara memasukkan pedang paling banyak ke dalam mulut.

Lelaki itu menjelaskan, ular tersebut masih kecil ketika ditemukan pada 16 September dan dia merancang untuk membelanya sehingga besar. Bagaimanapun jenis ular itu tidak dapat dipastikan.

Related

Global 5410737971644948156

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item