satusabah

Lelaki Melecur, Tujuh Rumah Ranap

Keningau: Lelaki melecur di belakang badannya manakala lebih 30 yang lain kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran tujuh rumah di Kampung Ansip di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa 20-an, dikatakan cuba menyelamatkan tilam sebelum ia terbakar lalu mengenainya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau, Mudi Pangiran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.58 pagi tadi.

"Sepasukan sepuluh anggota termasuk dua pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan api.

"Kami mengambil masa 50 minit untuk mengawal keadaan dan memadamkan api bagi mengelakkannya merebak ke rumah lain.

"Sebanyak tujuh rumah musnah sepenuhnya dan satu bangunan tadika KEMAS mengalami sedikit kerosakan apabila sebahagian dindingnya turut terbakar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, kejadian itu menyebabkan seorang mangsa melecur dan dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Related

kebakaran Terkini 4595702130599421060

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item