satusabah

Lima maut pesawat terhempas

VALLETTA - MALTA . Tiga pegawai Kementerian Pertahanan Perancis dan dua kontraktor persendirian warga Perancis maut selepas pesawat yang dinaiki terhempas, pagi tadi.

Menurut laporan CNN, Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian mengesahkan kejadian tersebut.

Berdasarkan sebuah rakaman orang awam, pesawat Fairchild Metroliner yang dinaiki kesemua mangsa tersasar semasa berlepas dan jatuh terhempas ke sebuah kawasan di luar lapangan terbang.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan dalam sebuah misi untuk mengesan laluan penyeludupan manusia dan dadah.

Penerbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada operasi kastam Perancis yang sudah dijalankan selama lima bulan. Kerajaan Malta masih menyiasat punca kejadian.

Related

google 5067854462749873432

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item