satusabah

Mangsa kebakaran Kg Pagalungan Ansip akan terima bantuan kilat

KENINGAU: Mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Pagalungan Ansip akan menerima bantuan kilat, daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata, kita turut bersimpati terhadap keluarga yang terlibat. Kita akan meminta senarai nama mereka (mangsa) pada kebakaran ini daripada Ketua Kampung atau JKKK untuk memberikan bantuan segera seperti barangan makanan dan barangan keperluan harian mereka, sejurus kejadian ini.

Katanya, “berhubung dengan kejadian kebakaran hari ini ada baiknya penduduk kampung disini berpindah kepada kawasan perkampungan yang telah disediakan dengan menyusun semula kedudukan rumah penduduk kampung dengan lebih teratur. “


“Jika dilihat pada insiden kebakaran ini dimana sejumlah 16 buah keluarga yang melibatkan tujuh buah rumah penduduk kelihatan begitu rapat dan tidak teratur, dan apabila berlakunya kejadian seperti ini, ianya pasti sukar bagi kita mengelak daripada api kebakaran yang merebak. “ katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada lawatannnya ke lokasi kebakaran, di kampung Pagalungan Ansip, pada Ahad. Hadir sama, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup JP, Ketua Exco Pemuda Pusat Matusin Bowie, dan Ketua Pemuda PBRS Sook Ramian Ayub.

Berita Terdahulu: Lelaki Melecur, Tujuh Rumah Ranap

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, memuji usaha Jabatan Bomba dalam melaksanakan tugas menyelamat yang pantas pada kejadian itu, serta kerjasama penduduk setempat yang turut sama membantu pihak bomba bagi memadam api kebakaran dari terus merebak.

Related

keningau 8058195618227314097

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item