satusabah

Nenek Mengecut

New Delhi: Seorang wanita berusia 60 tahun kini cuma setinggi 0.6 meter atau bersamaan kanak-kanak berusia dua tahun selepas mengalami penyakit pelik yang menyebabkannya mengecut dan mengecil sejak 25 tahun lalu.

Shanti Devi, 60, kini hanya mampu terbaring di atas katil kecilnya sambil mengomel atau menyanyi sendirian, tetapi keadaannya yang aneh itu menjadikannya tarikan pelancong di kampungnya di Kanpur, Uttar Pradesh.

Anggota badannya juga mengecil dan mengerekot serta mengeras menyebabkan Shanti langsung tidak dapat bergerak termasuk membuka tangan, mengalihkan kaki atau kepalanya bererti dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada keluarga.

Shanti yang sebelum ini mempunyai ketinggian 1.52 meter mula mengecil selepas kelahiran anaknya yang ketiga. “Keadaan saya ini sangat menyakitkan dan membosankan, tetapi saya memang tidak boleh bergerak langsung tanpa bantuan keluarga. – Agensi/HMetro

Related

india 3311343384137856429

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item