satusabah

Operasi cari pemancing hilang diteruskan pagi ini

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekumpulan pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot mereka tidak kembali ke pangkalan Sabah Fish Marketing (SAFMA), di sini, semalam, diteruskan hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Mohd Zubil Mat Som, berkata bot dinaiki 10 pemancing, dua kru dan seorang tekong itu belum ditemui.

"Kapal Diraja (KD) Jerong dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kapal Maritim (KM) Memmon kini giat melaksanakan pencarian di kawasan perairan Pulau Mantanani.

"Aset daripada agensi lain juga akan membantu hari ini," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. APMM melancarkan operasi SAR pada jam 8.30 malam tadi selepas menerima laporan mengenai bot dinaiki kumpulan pemancing terbabit tidak kembali ke pangkalan sejak keluar memancing pada Jumaat lalu.

Semua pemancing itu dikatakan keluar memancing dari jeti SAFMA, di sini, kira-kira jam 10 pagi Jumaat dan dijadualkan pulang pada jam 1 tengah hari semalam.

Mereka dikatakan keluar memancing di kawasan Pulau Mantanani dan Pulau Mengalum, di sini.

Related

Orang Hilang 3158581008935984162

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item