satusabah

Ops Water II: Tempoh Reman Empat Individu Dilanjutkan

KOTA KINABALU: Tempoh reman ke atas empat individu yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana air Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dilanjutkan lima hari lagi bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tempoh reman ke atas keempat-empat individu itu sepatutnya berakhir pada Ahad tetapi dilanjutkan sehingga 27 Oktober ini.

"Mahkamah Majistret Tawau dan Lahad Datu masing-masing mengeluarkan perintah tersebut ke atas empat individu terbabit iaitu seorang jurutera bersama dua pembantu jurutera Bahagian Tawau dan seorang jurutera Bahagian Lahad Datu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mStar Online mengesahkan perkara tersebut.

Setakat ini, SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM7.2 juta daripada suspek-suspek yang ditahan dalam Op Water Fasa II.

SPRM masih menjalankan proses merakam percakapan semua suspek yang ditahan untuk mengumpul lebih maklumat melibatkan penyelewengan dana air JANS bernilai RM3.3 bilion.

Sejak Ops Water dilancarkan pada 4 Oktober lalu pasukan penyiasat SPRM telah mengambil keterangan daripada 90 saksi bagi membantu siasatan.

Related

SPRM 3258295590904544418

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item